loading...
  • Breaking News

    Saturday, March 25, 2017

    Mohon pindah sejak 2014 untuk jaga ayah sakit tetapi tidak diendahkan sehingga ayahnya meninggal dunia


    PUTRAJAYA - Viral di media sosial luahan 'keras' seorang penjawat awam dipercayai guru yang terkilan permohonannya untuk berpindah ke tempat asal tidak diendahkan sehingga ayahnya meninggal dunia. 

    Gambar yang dimuat naik laman Metafora Anafora itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial. 

    Berdasarkan gambar tersebut, penjawat awam berkenaan telah memohon berpindah ke tempat asalnya sejak 2014 untuk menjaga ayahnya yang sakit. Tetapi permohonannya itu tidak mendapat sebarang jawapan, sehinggalah ayahnya meninggal dunia pada tahun 2015. 

    Bimbang dengan ibunya yang tinggal keseorangan, pengadu memohon untuk berpindah sekali lagi pada tahun 2016, tetapi masih menerima jawapan yang sama. 

    Sehinggalah tahun terkini, pengadu berang lalu 'meluahkan' rasa kecewanya dalam bentuk kronologi di ruangan ulasan permohonan pindah. 

    "2017, (mohon pindah) nak jaga mak seorang je di rumah ini, faham? Siapa lagi nak jaga mak kalau bukan anak. KErja jauh dari mak hanya dapat jumpa sekali-sekala. Harga tiket flight semakin mahal. Takkan alasan ada isteri/suami sahaja baru boleh pindah?" tulis pengadu berkenaan. 


    Di media sosial, netizen berpendapat bahawa pengadu mungkin perlukan bantuan dari orang dalam agar dapat berpindah ke tempat asalnya. 

    Namun bagi Allani Huslan pula berkata, "berjuta orang minta kerja kerajaan. Dah kerja kerajaan, bersyukurlah. Orang lain kerja swasta pun duduk berjauhan dengan keluarga bertahun-tahun. Nepal, Bangla bagai duduk jauh dari keluarga mereka, lebih jauh dari kita. 

    "Ada yang mak, ayah, anak mereka mati tapi tak dapat balik juga," katanya. 

    Fahmi Al Fatih pula menyarankan pengadu berhenti kerja dan mencari pekerjaan lain di negeri asalnya agar dapat menjaga ibunya. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2nPnYlC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment