loading...
  • Breaking News

    Friday, March 17, 2017

    'Dah sebulan, bila nak dakwa pemandu Almera rempuh 8 anak kami?' - Waris mangsa


    JOHOR BAHRU - Waris lapan remaja yang terbunuh akibat dirempuh kereta dalam kejadian 18 Februari lalu, mahu pemandu wanita itu didakwa segera, lapor Malay Mail Online

    Halmijah Selamat, 47, berkata, sudah sebulan anaknya maut, namun sehingga kini pemandu kereta Nissan Almera itu masih belum didakwa. 

    "Keadaan berbeza di Singapura apabila pemandu van yang merempuh dua penunggang motosikal (warganegara Malaysia) sehingga maut di lebuh raya Bukit Timah, Sabtu lalu telah didakwa di mahkamah dua hari selepas kejadian. 

    "Kejadian berlaku pada hari Sabtu, hari Isnin pemandu berkenaan didakwa di mahkamah dengan dua pertuduhan kerana memandu secara terburu-buru sehingga meragut dua nyawa," katanya, lapor Kosmo!. 

    Waris dua lagi mangsa, Amir Omar dan Jamilah Sulaiman pula berharap polis tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan kes tersebut. 

    "Kami faham kerja polis dan kami tidak mahu menganggu siasatan. Namun mereka berjanji mahu memaklumkan perkembangan terkini kes itu kepada kami sebelum ini," kata Amir, bapa kepada Mohamad Azhar, 16. 

    Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pula menjelaskan bahawa pihak polis tidak boleh terburu-buru mengambil tindakan dan perlu mengumpul bukti kukuh kerana kejadian itu melibatkan lapan nyawa. 

    "Kami tidak boleh terburu-buru kerana kes ini besar, melibatkan lapan nyawa dan kita mahu memastikan semuanya berjalan lancar,"  katanya. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2m9ID3T
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment