loading...
  • Breaking News

    Monday, March 13, 2017

    Baru nak keluar rumah, guru diserang dua lelaki bersenjatakan parang


    KAJANG, SELANGOR - Seorang guru wanita diserang dua lelaki bersenjatakan parang yang menyamun rumahnya di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, kelmarin, lapor Harian Metro. 

    Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang sedang menutup pagar sebelum keluar ke tempat kerja dan menghantar anak-anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak, dihampiri dua lelaki yang menaiki motosikal dan membawa parang.

    Menurut sumber dari Komuniti iBangi.my, suspek bertindak memecahkan tayar dan cermin kereta mangsa di bahagian pemandu sebelum melarikan beg tangan dan barang kemas yang dipakai mangsa. 

    "Ketika kejadian, dua anak mangsa masing-masing berusia 3 dan 10 tahun berada di dalam kereta. Namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," kata sumber. 

    Kejadian yang sama turut berlaku di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi apabila empat lelaki bersenjatakan parang cuba menyamun sebuah rumah di lokasi tersebut. 

    Empat lelaki terbabit yang menaiki dua motosikal cuba memecah masuk ke pekarangan sebuah rumah dengan bersenjatakan parang pada jam 11.10 pagi ketika anak mangsa sedang menyidai kain," kata sumber.

    Tambahnya lagi, ada lima kes yang sama berlaku pada hari kejadian didalangi lima lelaki tempatan yang menunggang dua buah motosikal Yamaha LC dan 125.  - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2nkLvrC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment