loading...
  • Breaking News

    Monday, March 13, 2017

    'Gangster' serang Digi Store di Sibu


    SIBU, SARAWAK - Kakitangan sebuah premis telkomunikasi di bandar Sibu, digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang tiba-tiba memecahkan cermin premis berkenaan. 

    Kejadian yang berlaku di Digi Store di Medan Mall itu, suspek yang datang dengan kereta jenis Toyota Hilux, memecahkan semua cermin premis tersebut dengan kayu golf. 


    Posted by INFO Sarawak on Monday, March 13, 2017

    Video dan gambar yang dimuat naik oleh laman Info Sarawak itu telah ditonton 50,600 kali dan dikongsi 1,297 pengguna Facebook sejak dimuat naik tiga jam yang lalu. 

    Selain itu, kesemua telefon bimbit di dalam premis itu turut dipecahkan suspek. 

    Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berdiri di hadapan pintu premis tergamam dan berlari masuk ke dalam premis tersebut. 



    Punca kejadian masih belum diketahui, namun difahamkan kejadian yang sama turut berlaku di beberapa cawangan Digi di sekitar bandar berkenaan. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2mDKAnS
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment