loading...
  • Breaking News

    Wednesday, March 22, 2017

    Ibu hamil 6 minggu keguguran selepas mimpi bersalin & susukan baby


    Oleh Puan Fara Amirullah

    Salam. Saya baru lepas keguguran. Gambar scan yang doktor beri pada saya, seolah-olah ada imbasan jin seperti gambar yang viral ini. Tak terlintas di kepala saya untuk fikir benda-benda seperti ini sehinggalah saya terbaca artikel ini. 


    Kandungan saya berusia 6 minggu, tetapi disahkan keguguran 9 Februari 2017. 

    Seminggu sebelum saya keguguran, saya ada bermimpi yang saya bersalin dan saya susukan bayi itu. Saya tak fikirkan yang bukan-bukan tetapi ada yang beritahu, kalau mimpi menyusukan bayi, itu petanda buruk. Seminggu selepas mimpi itu, saya mengalami keguguran. 


    Ini pengalaman mengandung kali pertama. Saya tak tahu sangat hal-hal seperti ini. Pada mulanya saya nampak imej pada imbasan itu, saya tak ambil tahu sangat dan menyangka mungkin itu bayangan sahaja dan saya lebih risaukan baby pada masa itu.

    Saya pada mulanya juga tak percaya benda-benda begini, tetapi makcik saya sendiri pernah terkena. Terbaca pula artikel ini, lebih menguatkan lagi perasaan saya. 

    Sehingga kini saya masih mencari jalan penyelesaian. Jika ada sesiapa yang boleh membantu, bolehlah menghubungi saya. Saya memang mengharap untuk ada zuriat sendiri. 

    Bukan nak percaya 100% tetapi kita ikhtiar tak benda buruk seperti ini berlaku lagi. Saya tidak mahu pisang berbuat dua kali. 

    Perkongsian ini dengan keizinan Puan Fara Amirullah untuk siaran di The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2n6eboc
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment