Seorang ibu meluahkan rasa risau terhadap anaknya yang berusia 4 tahun yang masih belum mahir mengenal huruf. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk untuk mengajar anaknya sejak sebelum si kecil masuk dua tahun, namun hasilnya tidak begitu memberangsangkan.
Si ibu bimbang dengan perkembangan anaknya, lalu meminta nasihat dari orang ramai bagaimana menangani masalah anaknya itu. Apa kata netizen? Rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap si anak yang dipaksa untuk belajar sesuatu yang dia sendiri belum sedia untuk terima.
Dari Kisah Rumah Tangga
Assalamualaikum, saya nak minta pendapat ibu-ibu di sini. Saya harap ini pun kategori masalah rumahtangga.
Saya ada anak berusia 4 tahun. Sejak dia berusia 3 tahun (by year) saya dah masukkan dia ke pra-sekolah untuk setengah hari. Dari usia sebelum nak masuk 2 tahun, anak saya dah kenal warna dan objek. Jadi bila masuk sekolah, saya harap dia kenal huruf dan nombor pula. Tetapi bila dah habis setahun bersekolah, dia masih tak kenal huruf lagi.
Saya ada mengajar dia di rumah juga menggunakan buku, flash cards dan puzzles. Tetapi saya rasa kurang berkesan sebab kami asyik bergaduh saja. Kalau saya mengajar, dia main-main. Kalau saya marah, dia hanya fokus sekejap saja, kemudian mula bermain lagi. Kadang-kadang hati ini tak tahan, saya jentik jugalah.
Tahun ini dia masuk pra-sekolah level 1. Setakat ini belum ada perkembangan sangat sebab setiap kali buat homework, memang menjerit-jerit saya ini bila mengajar dia. Tunjuk huruf A, tak kenal. Tetapi kenal huruf B. Bila dah ajar bentuk huruf A B C, disuruh ulang, dia lupa. Lagu ABC itu dia hafal tetapi bila tunjuk A dan tanya huruf apa selepas A, dia tak tahu. Kadang-kadang dia cakap B untuk Apple. Berasap jugalah telinga saya ini sebab benda itu dah berulangkali diajar.
Minggu lepas mereka ada peperiksaan di sekolah. Saya tengah gelisah menunggu keputusan peperiksaan dia selepas habis cuti sekolah ini.
Ada satu hari itu sedang saya tengah membelek-belek Facebook, ada seorang kawan saya upload video anak dia sedang bermain puzzle, sebut-sebut huruf. Anak dia muda setahun dari anak saya. Kiranya umur dia 2 tahun lebih, nak masuk 3 tahun. Dia kenal huruf dan nombor. Bila saya tengok video itu, saya jadi marah pada anak dan emosi sangat-sangat sampai deactivated accound Facebook saya.
Saya cari di mana silap saya. Adakah cara saya mengajar dia tak betul atau salah masuk sekolah ke? Saya ada perancangan nak tukarkan dia ke sekolah lain yang menggunakan cara mengajar yang lebih efektif. Tetapi saya sedang menunggu keputusan peperiksaan dia minggu depan, nak tengok macam mana.
Saya stress sebab saya nak dia bersedia masuk sekolah rendah nanti, dah pandai membaca dan mengira. Masuk sekolah rendah, saya tak nak dia susah.
Boleh tak ibu-ibu di sini berkongsi cara mengajar anak yang playful, tantrum dan degil? Ke saya yang bermasalah sebab anak masih kecil lagi nak stress dengan benda-benda seperti ini? Tetapi normal kan mula dari umur macam ini kita didik mereka? Tolonglah ibu-ibu yang baik hati sekali.
Namun, bagi Liyana Raya, inilah akibatnya kalau kita berlumba-lumba nak ajar akademik pada anak sejak bayi lagi.
"Balik-balik nak anak pandai membaca, membaca dan membaca. Sebab itu any method yang mengajar anak suruh kenal huruflah, nombor, membaca semua sejak dari baby saya tidak pernah setuju. Kasihan pada anak itu. Kalau dia boleh cakap, mesti dia cakap,
Mak, jangan paksa saya. Saya tak mahu semua ini...
"Tak payah paksa, esok dia dah ready, dia akan ready. Lebih baik bimbang tentang perkembangan anak daripada bimbang nak anak jadi pandai seperti ini. Ini kes mak-mak yang hantar anak ke tadika, mak-mak yang stress terlebih. Bila anak tak boleh belajar itu ini, semua nak salahkan cikgu.
"Anak tak boleh belajar sebab kita banyak sangat bagi anak belajar. Sampai satu tahap, anak naik menyampah dan nak termuntah bila asyik belajar sejak dari kecil.
"Cara dia tunjuk menyampah adalah melalui tingkahlaku. Sebab mereka tiada perkataan untuk menunjukkan betapa letihnya otak mereka diperah untuk achieve academic skills sejak kecil," katanya. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2nUlJdR
via IFTTT
No comments:
Post a Comment