loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 16, 2017

    Kanak-kanak 2 tahun maut didera & diserang secara seksual


    PETALING JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai telah didera dan diserang secara seksual, kurang dari empat jam selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 51 A, Selasa lalu, lapor The Sun Daily

    Polis berkata, doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menemui kesan koyakan di bahagian kemaluan dan lebam di seluruh badan mangsa yang dikenali sebagai Rania Ixuna. 

    Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan polis telah menahan empat suspek iaitu ibu mangsa, teman lelakinya, pengasuh dan juga suaminya yang masing-masing berusia lingkungan 20'an, pada petang Selasa. 

    Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sebagai juruwang telah menghantar Rania ke rumah pengasuh di flat Impian Baiduri pada jam 1 petang dalam keadaan yang sihat. Namun beberapa jam kemudian, pengasuh telah menghubungi si ibu yang memaklumkan anaknya tidak sihat, lemah dan muntah-muntah. 

    Si ibu yang datang pada jam 4 petang untuk mengambil anaknya mendapati si kecil itu tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke bahagian kecemasan PPUM. Doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia jam 5.40 petang. 

    Mohd Zani berkata, bedah siasat awal menunjukkan Rania mengalami trauma tumpul di perut, selain terdapat kecederaan di bahagian kemaluannya. 

    Siasatan juga mendapati wanita itu telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak beberapa bulan yang lalu. 

    Dengan penahanan empat suspek terbabit, polis yakin dapat menyelesaikan kes itu tidak lama lagi. 

    Hari ini, polis forensik pergi ke rumah mangsa sekali lagi untuk mencari lebih banyak petunjuk untuk merungkai kes pembunuhan itu. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2mQIKA5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment