loading...
  • Breaking News

    Sunday, March 26, 2017

    Elak kes isteri meroyan, MTUC cadang suami kakitangan kerajaan/swasta diberi cuti sebulan + bayaran gaji penuh


    KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan cuti bersalin selama sebulan untuk suami atau bapa kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh, lapor Sinar Harian Online

    Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon berkata, cuti yang sedia ada diperuntukkan untuk pekerja hari ini, masih tidak mencukupi. 

    Lapor Astro Awani, cuti bersalin untuk suami/bapa kakitangan kerajaan hanya selama 7 hari, manakala cuti ihsan bagi kakitangan swasta pula bergantung kepada majikan masing-masing. 

    "Saya fikir, sudah tiba masanya kita meneliti (semula) paternity leave kerana apa yang kita lihat masa sekarang untuk perkhidmatan awam, mereka dapat tujuh hari. Kadang-kadang ada negeri dua minggu dan di swasta kalau keutamaan dia beri lima hari atau kurang, dan ada kebanyakan syarikat swasta tidak beri peluang kepada bapa untuk berada di sisi isteri mereka ketika anak dilahirkan," katanya.
    Cadangan itu dibangkitkan susulan banyak kes melibatkan pospartum psikosis atau meroyan yang dihadapi golongan ibu selepas bersalin. 

    Menurut J. Solomon lagi, suami harus diberikan cuti panjang untuk menjaga isteri dan anak mereka dengan lebih baik dan mengatasi masalah perubahan emosi wanita selepas bersalin. 

    "Kita tidak mahu kejadian seperti yang menimpa golongan ibu selepas bersalin baru-baru ini yang bertindak membunuh bayinya kerana dipercayai akibat Pospartum Psikosis. Janganlah kita biarkan lebih ramai yang meninggal, baru kita hendak bertindak," katanya. 

    Sehubungan itu juga, beliau meminta kerajaan mewujudkan satu undang-undang berkaitan bagi memastikan cuti bersalin untuk suami atau bapa dengan bayaran gaji penuh dikuatkuasakan dalam akta berkenaan. 

    "Ketika ini, tiada peruntukan dalam mana-mana akta yang memasukkan cuti bersalin bergaji untuk bapa. Malah, Akta Kerja 1955 juga tidak menyentuh mengenai paternity leave itu. 

    "Jadi kerajaan perlu mewujudkan undang-undang berkaitan demi pembangunan institusi sesebuah keluarga," katanya. - The Reporter


    from The Reporter http://ift.tt/2nB5d4T
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment