SHAH ALAM, SELANGOR - Ibu bapa terutamanya yang bekerjaya dinasihatkan tidak terlalu bergantung harap kepada pembantu rumah untuk menjaga anak mereka. Malah dinasihatkan memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau pergerakan pembantu agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
Dalam kejadian jam 9.37 malam 28 Mei lalu, Mandy Chee, memuat naik video dan gambar yang menunjukkan anak kawannya telah didera oleh pembantu rumah warga Indonesia. Apabila disoal siasat, wanita itu enggan mengaku sedangkan dalam video rakaman CCTV telah membuktikan segala-galanya.
"Baru-baru ini, kawan saya telah memecat pembantu rumahnya selepas dia didapati mendera anak majikan, berdasarkan rakaman CCTV, ketika majikan tiada di rumah.
"Pembantu rumah berkenaan tidak menyangka tindakannya itu akan dirakam CCTV, malah dia juga memadamkan lampu kononnya CCTV tidak dapat merakam dalam keadaan gelap. Namun wanita itu silap kerana CCTV yang dipasang itu mempunyai fungsi infrared," katanya.
Berdasarkan video tersebut, wanita warga Indonesia itu dilihat sedang berbual di telefon. Berang melihat anak majikannya menangis, wanita itu terus mengetuk kepala kanak-kanak lelaki itu dengan objek hitam yang dipercayai remote TV.
Selepas itu, rambut mangsa ditarik sehingga badannya terangkat sebelum didukung dan kepala mangsa ditampar dengan kuat.
"Kawan saya kemudian berdepan dengan pembantu rumahnya yang bermati-matian menafikan perkara itu. Wanita itu juga bersumpah yang dia tidak pernah sampai tangan pada anak majikannya.
"Apabila suami kawan saya tunjukkan video rakaman CCTV, wanita itu memberikan alasan yang dia cuma mengelap nasi yang melekat di rambut anak lelaki mereka.
"Kawan saya meminta video dan gambar pembantu rumah ini disebarkan ke media sosial agar tiada majikan yang menjadi mangsanya di kemudian hari sekiranya ada agensi pembantu rumah yang mahu menggunakan khidmat wanita itu lagi," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2s8n3yg
via IFTTT
No comments:
Post a Comment