loading...
  • Breaking News

    Monday, December 3, 2018

    Berang dituntut beri kehidupan mewah, petani bunuh isteri dengan sabit


    Seorang petani berusia 38 tahun menangis dan bersujud menicum kaki bapanya ketika diminta melakonkan semula adegan pembunuhan isterinya di rumah mereka di Jawa Tengah, Indonesia, lapor Tribun News. 

    Suspek yang hanya dikenali sebagai 'DR' ternyata menyesali perbuatannya dan meminta maaf di atas jenayah yang dilakukan terhadap isterinya, Eni Hermawati, yang dikahwininya pada April 2018.

    Dalam keterangan kepada polis, suspek mengaku berbuat demikian kerana berang dengan isterinya yang menuntut untuk hidup mewah, sedangkan dia hanya bekerja sebagai petani sahaja. 

    Siasatan polis juga mendapati, mangsa menuntut suspek membeli rumah baru dan menanggung kosnya pergi ke salun kecantikan. 


    Berdasarkan fakta kes, 15 November 2018, suspek baru pulang dari melakukan rondaan malam di kampung. Ketika masuk ke rumah, suspek melihat isterinya berbaring santai di depan televisyen, lalu dia baring di sisi dalam posisi membelakangi kerana hubungan mereka yang masih dilanda masalah. 

    Ketika berbaring, suspek berasa tersinggung dengan perbuatan isterinya yang beberapa kali meludah ke arah dinding. Lalu suspek menegur perbuatan isteri yang dianggapnya tidak sopan. Suspek kemudian keluar untuk pergi ke tandas. 

    Selesai urusan di tandas, suspek pergi ke gudang dan mengambil sebilah sabit rumput lalu menghampiri isteri yang sedang tidur sebelum menyabit badan mangsa beberapa kali sehingga mangsa hilang nyawa. 

    Melihat mangsa sudah tidak bernyawa, suspek cuba membunuh diri dengan meneguk racun pembunuh serangga. Tetapi gagal berbuat demikian setelah dia berjaya diselamatkan oleh doktor yang merawatnya. 

    Suspek yang melakukan adegan pembunuhan itu semula berkali-kali mengesat air mata mengenang isterinya yang mati di tangannya sendiri. Tangisannya semakin kuat apabila dia bertemu dengan bapanya, lalu bersujud mencium kaki bapanya itu yang hanya mampu membalas dengan pelukan. 


    Sementara itu, polis berkata, lakonan semula itu perlu dibuat untuk membantu melengkapkan siasatan bagi mengetahui bagaimana suspek menganiayai isterinya. 

    "Si isteri ingin pergi ke salun dan mahu mempunyai barangan mewah. Tetapi suaminya berasa sakit hati terhadap mangsa yang dipercayai sudah lama dipendam.

    "Suspek menganggap mangsa tidak menghargai pekerjaan dan pendapatannya sebagai petani. Bahkan pada malam kejadian, pasangan itu dipercayai bertengkar," kata sumber polis. 

    Suspek akan didakwa di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan akan dipenjarakan selama 15 tahun. 


    from The Reporter https://ift.tt/2KMwV8a
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment