Seorang menantu tergamak membunuh ibu mertuanya sendiri dalam kejadian pembunuhan di Nganjuk Jawa Timur, Indonesia yang dipercaya berpunca dari masalah keluarga, lapor Liputan 6.
Mayat mangsa, Siti Munawaroh, 65, ditemui keluarganya di dapur rumahnya semalam setelah dibunuh oleh menantunya yang sebelum itu bertengkar dengan isterinya.
Difahamkan, selepas pertengkaran itu, si isteri telah keluar ke Surabaya, Jawa Timur, meninggalkan suaminya. Sebelum itu, suspek, Sudarsono, sempat mengancam isterinya melalui SMS bahawa dia akan membunuh ibunya jika dia tidak pulang ke Surabaya.
Berang isterinya tidak mengendahkan amaran itu, suspek pergi ke rumah mangsa dan memukul kepala Siti Munawaroh dengan menggunakan tukul.
Selepas melakukan pembunuhan itu, suspek cuba mengantung dirinya tetapi gagal, lalu melarikan diri.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bhayangkara Nganjuk untuk dibedah siasat. Polis juga merampas tukul besi yang digunakan oleh suspek sebagai bahan bukti.
Polis masih dalam usaha memburu suspek.
from The Reporter https://ift.tt/2DWLzbO
via IFTTT
No comments:
Post a Comment