loading...
  • Breaking News

    Monday, December 3, 2018

    'Naharam hitam gila model dia ni! Jual skincare ke jual arang?' - Model Orgga kena serang lagi...


    "Naharam hitam gila model dia ni! Jual skincare ke jual arang? Dah takde yang sedap putih sikit ke nak amek jadi model?" demikian tweet pengguna Twitter pada 2 Disember lalu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

    Model Orgga, Iman Mohamed Osman Yagoub, sekali lagi menjadi sasaran netizen yang mempersoalkan pemilihan pihak Orgga melantik beliau sebagai model produk. Tweet individu terbabit dikecam netizen yang mendakwa lelaki itu tidak sensitif dan biadab. 



    "Kulit kau putih macam bihun ke sampai nak hina orang?" - @wawafauzi

    "So tanned people takleh la nak lawa? Jaga your mouth dude. Takut nanti dapat bini lebih gelap dari arang. Ke kau tak faham maksud skincare?" - @Ehytic_



    "Whats the problem kalau yang jual skincare ini berkulit hitam pun. Skincare is penjagaan kulit dude. Alah, attention seeker betullah kau ni." - @qmaisrh

    "Fuhh, cuba kau dapat anak hitam bang. Pastu sepanjang hidup dia kena kutuk macam kau kutuk diorang. Low self esteem bang. Nak semua orang doakan ke? Nak mancing tweet pun beragaklah. Jangan bodoh sangat." - @xjudyfixx

    Tweet individu itu juga turut mendapat perhatian dari pelakon dan finalist Dewi Remaja 2018, Haneesya Hanee, kesal rakannya dihina sebegitu. 

    "First of all, she is Iman and she is my friend. Bila kau menghina seseorang bermaksud kau menghina ciptaan Allah. Second, skincare bukan untuk putihkan kulit. It's skincare produk penjagaan kulit. Kalau whitening produk kau pakai jadi putih, faham?? Wei, I'm so mad," katanya.


    Terdahulu, Iman diserang beberapa netizen di Instagram Orgga yang mengatakan pemilihan model berkulit gelap tidak kena pada tempat dan tidak akan dapat melariskan produk kosmetik. 

    Namun, Orgga dalam kenyataannya membidas komen tidak beradab itu kerana mereka percaya kecantikan tidak bergantung pada warna kulit seseorang. 

    "Kami ingin buktikan dan educate masyarakat Malaysia bahawa cerah atau putih tidak semestinya kulit cantik dan sihat. 

    "Kami yakin pengguna akan memilih produk Orgga kerana ia berkesan dan selamat, bukan kerana model putih, cerah dan glowing," katanya. 

    BERITA BERKAITAN: 


    from The Reporter https://ift.tt/2AJlrhd
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment