loading...
  • Breaking News

    Thursday, December 6, 2018

    'Saya tak kisah berkongsi, malah bangga suami saya ada 4 orang isteri'

    Isteri pertama, Waraphon Pruksawan (rambut blonde) bersama dengan suami dan tiga madunya

    Awal tahun 2018, viral di media sosial mengenai seorang lelaki Thailand yang mempunyai tiga orang isteri. Namun baru-baru ini, lelaki itu telah berkahwin lagi dan menjadikan dia mempunyai empat orang isteri. 

    Difahamkan, perkara itu dikongsikan oleh isteri pertamanya, Waraphon Pruksawan, dengan memuat naik gambar keluarga bahagia mereka di Facebook, menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

    Apabila ditanya mengapa dia sudi berkongsi suaminya dengan madu-madunya itu, Waraphon berkata, suaminya perlu mendapatkan keizinan dari dia terlebih dahulu sebelum menerima kehadiran madunya ke dalam keluarga. 


    Dia berkata, adalah lebih baik suaminya bersikap jujur sahaja berbanding mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain tanpa pengetahuannya. Malah dia meminta netizen usah bimbang mengenai dirinya. 

    Waraphon juga berbangga suaminya memiliki empat orang isteri yang boleh hidup sebumbung dengan harmoni tanpa sebarang drama. Keempat-empat mereka juga sering dilihat keluarga bersama ke tempat beribadat untuk melakukan kerja-kerja amal. 


    Berita mengenai keluarga ini tersebar meluas di media sosial sehingga timbul pula dakwaan kononnya lelaki itu bukan suami mereka, sebaliknya adik beradik kepada empat wanita berkenaan kerana wajah mereka kelihatan seiras. (Cemburu ke? Hahaha) 

    Meskipun undang-undang di Thailand menetapkan seorang lelaki hanya boleh berkahwin dengan seorang wanita, namun masyarakat mereka masih ada yang mengamalkan poligami sehingga ke hari ini. 



    from The Reporter https://ift.tt/2QiSi7h
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment