loading...
  • Breaking News

    Wednesday, August 21, 2019

    Putrajaya luluskan Gojek, syarikat teksi bantah konon beri kesan negatif, tetapi sebenarnya risau dengan persaingan


    Kabinet hari ini sebulat suara meluluskan cadangan Kementerian Belia dan Suka untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek dan Dego Ride di Malaysia. 

    Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berkata, kerajaan ikhlas mahu membantu golongan mat motor mendapat peluang pekerjaan.

    Selain itu, beliau yakin perkhidmatan baru ini juga akan dapat membantu golongan peniaga menggunakan perkhidmatan itu bagi tujuan penghantaran makanan. 

    "Turut ingin membantu anak muda atau rakyat secara keseluruhannya mengambil pengangkutan awam, tetapi perlu bantuan dari rumah ke LRT atau MRT dengan kos rendah, tanpa perlu menghadapi kesesakan lalu lintas yang begitu teruk," katanya. 

    Bagaimanapun, pengendali perkhidmatan teksi premium, Big Blue Capital (M) Sdn Bhd hari ini mendesak kerajaan tidak meluluskan perkhidmatan teksi motosikal. 

    Alasan yang diberikan oleh pengasas dan penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail kononnya perkhidmatan itu akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, malah menganggap cadangan itu merendahkan martabat anak muda di mana golongan itu katanya sepatutnya mempunyai pekerjaan yang lebih baik dari Go-Jek atau Dego Ride. 

    "Anak muda perlu mendapat pekerjaan lebih baik. Di manakah janji Syed Saddiq untuk membantu anak muda mendapat kerja dan bukannya dengan cara membawa Go-Jek?" katanya. 

    Selain itu, dia turut mempersoalkan keselamatan pembonceng, masalah sosial selain kadar kemalangan tinggi yang membabitkan motosikal di negara ini. 

    Bagi Shamsubahrin, tindakan jemaah menteri meluluskan cadangan itu adalah satu kesilapan besar dan Perdana Menteri serta Menteri Pengangkutan katanya tidak sepatutnya melayan cadangan Syed Saddiq yang didakwanya cuba mengejar populariti. 

    Shamsubahrin juga berkata pihaknya akan mengadakan piket besar-besaran sekiranya kerajaan meluluskan cadangan berkenaan. 

    Namun di media sosial, netizen menganggap alasan yang diberikan itu tidak masuk akal dan mengetahui kebimbangan sebenar golongan pemandu teksi iaitu mereka bimbang kehilangan atau mengalami kekurangan pelanggan. 


    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter https://ift.tt/31Sv6hq
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment