Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad, hari ini membuat keputusan bahawa kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Balai Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim adalah berpunca daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali.
Keputusan itu dibuat sebentar tadi selepas prosiding perbicaraan yang mengambil masa 41 hari.
Kecederaan lung chest trauma yang dialami oleh Muhammad Adib adalah disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS), bukannya perbuatan diri.
Kegagalan polis dan FRU dalam mengawal rusuhan itu juga menyumbang kepada kematian mangsa.
Jabatan Peguam Negara akan membuat keputusan berdasarkan penemuan Mahkamah Koroner.
Muhammad Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas mengalami kecederaan ketika rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.
Ketika itu, terdapat dakwaan yang mengatakan Muhammad Adib dilanggar oleh kenderaan, manakala dakwaan lain pula mengatakan arwah dipukul oleh perusuh.
Semasa inkues diadakan, pakar-pakar juga memberi pandangan berbeza sama ada Muhammad Adib mungkin cedera akibat dilanggar oleh van EMRS atau dipukul.
Mahkamah turut mendengar keterangan daripada saksi di tempat kejadian yang mengatakan terdapat perbuatan memukul seseorang dihentak dan diseret keluar dari van EMRS pada masa kejadian.
from The Reporter https://ift.tt/2maFSAq
via IFTTT
No comments:
Post a Comment