Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000 terhadap dua lelaki kerana melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam dengan bercium dalam sebuah kereta, April lalu.
Tertuduh yang berusia 20 dan 25 tahun itu diperintah membayar denda tersebut atau berdepan dengan hukuman enam bulan penjara jika gagal berbuat demikian.
Tertuduh memilih untuk membayar denda tersebut dan dibebaskan.
Hakim Syarie Mohamad Hamidi Shafie membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bercium di dalam sebuah kereta di tepi Pantai Sura Tengah pada jam 10.55 malam, 15 April lalu.
Pasangan songsang itu kemudian diserbu oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah daerah yang sedang meronda.
Seorang daripada tertuduh berada di tempat duduk pemandu dengan keadaan zip serta seluar terbuka sehingga menampakkan kemaluan, manakala seorang lagi berada di tempat duduk penumpang hadapan.
Mereka ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Dungun untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2mJKZay
via IFTTT
No comments:
Post a Comment