Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintah pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka selepas Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan cerai kakak kepada pelakon Neelofa itu.
JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Noor Nabila (plaintif) memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Namun, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah dia sudah melihat tuntutan yang diterimanya dari Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawa 'Ya' tetapi tidak bersetuju dengan tuntutan cerita tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa mereka sudah tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, serta nafkah zahir yang diberi oleh Sharnaaz adalah tidak mencukupi iaitu RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.
Noor Nabila dalam tuntutannya memaklumkan mereka telah cuba berbincang untuk mencapai pendamaian tetapi tidak berhasil dan defendan (Sharnaaz) berterusan dengan sikapnya.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.
Ketika ditemui media, Sharnaaz berkata, dia akan cuba memperbaiki hubungan mereka sebaik mungkin dalam tempoh yang masih ada.
Peguamnya, Akberdin menjelaskan Sharnaaz menolak tuntutan cerai itu kerana Noor NAbila meminta tarikh awal untuk bercerai, sedangkan tempoh masa yang diberikan (undang-undang) ada enam bulan.
Isu rumah tangga Sharnaaz dan Noor Nabila mula menjadi perhatian sejak 29 Ogos lalu selepas portal hiburan melaporkan Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi gambar dirinya di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instastory baru-baru ini.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2LrJJCY
via IFTTT
No comments:
Post a Comment