"Kecewa weh dengan hotel ni," demikian ekspresi awal pengadu mengenai sebuah hotel yang didiaminya baru-baru ini di Melaka.
Hajat untuk berehat dan tidur dengan tenang bertukar menjadi tidak selesa ekoran kehadiran pepijat di tilam dan turut ditemui merayap ke dinding bilik hotel.
"First kena dah buat complaint ada binatang ni. Ingat dah clear, tup-tup ada lagi. Patutlah masa nak lelap tadi rasa gatal-gatal badan. Ingatkan nyamuk, sekali bukak lampu, haaa! Pijat! Sampai ke atas dinding pun dia (pepijat) ada.
"Korang nak pergi Melaka berhati-hatilah dengan hotel ini. Harga tak adalah murah sangat. Pastu time nak tukar bilik, kad tertinggal kat bilik tu. Patah balik terdengar bunyi budak-budak menangis. Padahal bilik ini di hujung sekali. Nangis yang pelik haa masalah lain pula datang.
"Tapi aku lagi risau pasal pijat dari hantu tu. Tukar bilik baru pun ada pijat tapi tak banyak la. But still ada kan," kata Jimmy Moschi di Facebooknya.
Keadaan itu membuatkan pengadu rasa tidak selesa dan mahu segera mencari hotel lain. Tetapi keadaan tidak mengizinkan kerana sudah lewat malam.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, kedua-dua katil di bilik itu diselongkar dan menemui banyak pepijat yang merayap di sekitar tilam tersebut.
Malah pepijat itu boleh ditemui di atas siling, dinding dan ada di antaranya sudah gemuk kerana kenyang selepas menghisap darah pengadu.
Sumber: Jimmy Moschi
from The Reporter https://ift.tt/30hLlrk
via IFTTT
No comments:
Post a Comment