loading...
  • Breaking News

    Monday, September 23, 2019

    Indonesia bakal haramkan hubungan seks luar nikah, ramai golongan muda bakal dipenjara


    Indonesia dijangka bakal memperkenalkan undang-undang yang mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah. 

    Pasangan yang belum berkahwin tetapi tinggal bersama boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda 10 juta rupiah (RM3,000) yang merupakan gaji tiga bulan bagi majoriti rakyat di negara itu. 

    Hukuman penjara maksimum selama setahun juga boleh dikenakan ke atas mana-mana individu yang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan pasangannya apabila ada anggota keluarga terdekat membuat aduan.

    Kajian mendapati, kira-kira 40 peratus golongan muda di negara itu terlibat dengan kegiatan seks luar nikah. 

    Undang-undang baharu itu dijangka akan diluluskan dan dikuat-kuasakan akhir September ini. 

    Difahamkan, undang-undang itu juga mungkin turut dikenakan terhadap mana-mana pelancong yang melakukan hubungan seks luar nikah semasa berkunjung ke negara itu. 

    Perlaksanaan undang-undang baharu itu kelak akan memberi impak kepada aktiviti homoseksual dan pergaulan bebas di kalangan pasangan yang belum berkahwin. 

    Sementara itu, Pengerusi Inisiatif Antarabangsa NGO Indonesia Colin Singer berkata, undang-undang itu boleh menyebabkan pelancong asing yang berkongsi bilik dengan seseorang yang tidak berkahwin, menerima percutian percuma di penjara.

    Sumber: Astro Awani


    from The Reporter https://ift.tt/2Qo2o72
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment