loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 26, 2019

    Budak berusia 5 tahun diliwat bergilir-gilir oleh 4 budak berusia 9 tahun


    Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun diliwat empat budak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Afrika Selatan. 

    Mangsa diserang secara seksual di kelas ketika dia mahu pulang dan ibunya mendakwa salah seorang suspek berkata, "Awak akan jadi anjing saya". 

    Menurut si ibu, dia berasa tidak senang hati apabila anaknya tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam berbanding waktu kebiasaannya tiba di rumah. 

    Apabila mangsa pulang, lalu menceritakan kepada ibunya mengenai apa yang berlaku. 

    Mangsa mendakwa, empat suspek terbabit menolaknya ke dalam kelas di mana pakaiannya dibuka dan diliwat secara bergilir-gilir. 

    Salah seorang dari suspek berkata, "Awak akan jadi anjing (betina) saya." 

    Ekoran kejadian itu, mangsa menjadi trauma dan tidak mahu hadir ke sekolah. 

    "Saya bawa dia ke klinik dan walaupun mereka kata tidak banyak kecederaan yang dialami, saya masih risau mengenai kesihatan anak saya," kata ibu mangsa. 

    Pihak sekolah juga enggan mengambil sebarang tindakan dan meminta si ibu menyerahkan kes itu kepada pihak polis. Malangnya, polis juga berkata mereka tidak dapat membuka kertas siasatan untuk kes tersebut. 

    Undang-undang di Afrika Selatan menetapkan, hanya individu berusia 10 tahun ke atas dapat didakwa di mahkamah. Bermaksud, kanak-kanak di bawah usia itu tidak dapati didakwa atas kesalahan jenayah. 

    Sumber: Daily Mail


    from The Reporter https://ift.tt/2l7QQGe
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment