loading...
  • Breaking News

    Friday, September 20, 2019

    Budak 8 tahun bunuh diri sebab tak tahan didera ibu bapanya


    Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di Ukraine terjun dari tingkat sembilan kerana tidak tahan didera oleh ibu bapanya sejak beberapa tahun lalu. 

    Dalam kejadian yang berlaku di Enerhodar, selatan Ukraine, mangsa yang hanya dikenali sebagai Anton, maut selepas terjun dari tingkat sembilan sebaik saja pulang dari sekolahnya pada 23 Ogos lalu. 

    Menurut jiran mangsa, mereka terdengar pasangan suami isteri itu memarahi Anton kerana mengoyakkan baju sekolah sebelum bertindak memukulnya. 

    Tidak beberapa lama selepas itu, mangsa terjun keluar dari tingkap kediaman mereka. 

    "Saya dengar mangsa dibelasah sebelum keadaan menjadi sepi dan diikut dengan bunyi dentuman kuat di luar rumah. 

    "Bila jenguk ke luar tingkap dapur, saya ternampak mangsa terbaring di atas tanah dan terus menghubungi polis dan ambulans. 


    Kesan impak mangsa terjatuh dari tingkat sembilan

    Paramedik tiba di tempat kejadian dan mengesahkan Anton telah meninggal dunia. Menurut pegawai forensik, mangsa jatuh dengan kepalanya menjunam terlebih dahulu. 

    Ibu bapa mangsa sedang disiasat dan akan dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. 

    Ketika disoal siasat, suspek mengaku memukul mangsa pada hari kejadian. Suspek juga mengaku kerap memukul mangsa kerana berkelakuan nakal. 

    Selepas disoal siasat, pasangan itu keluar dari rumah sewa itu dan melarikan diri ke bandar. Polis kini sedang cuba mengesan pasangan itu yang berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah. 

    Sumber: Daily Mail


    from The Reporter https://ift.tt/34ZSkVo
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment