Kemaluan seorang lelaki mereput selepas dia menyuntik organ 'kembang kucup' itu dengan petroleum jelly kerana mahu cuba membesarkannya.
Menurut doktor, pesakit yang tidak dinamakan itu dari kepulauan Pasifik Selatan datang ke pusat rawatan itu mengadu tidak sihat dan kegatalan di bahagian kemaluannya selama lima hari.
Lelaki itu mengaku dia telah menyuntik 'pishangnya' dengan petroleum jelly (bahan utama dalam Vaseline) dua tahun lalu selepas doktor bertanya mengenai tingkah laku seksualnya.
Akibatnya, kemaluan pesakit terbabit bernanah dan dagingnya membusuk kerana gangren. Pesakit itu terpaksa menjalani pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan kemaluannya itu.
Doktor juga menemui sejumlah besar pertroleum jelly di dalam kemaluan pesakit. Sebahagian besar kulitnya yang telah mati termasuk di bahagian 'telur' terpaksa dibuang.
Selepas menjalani rawatan selama sebulan, lelaki berusia 45 tahun dibenarkan pulang ke rumah.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/30xWXlK
via IFTTT
No comments:
Post a Comment