Seorang buruh binaan ditahan polis di Padang, Sumatera Barat, Indonesia kerana didakwa menikam pasangan suam isteri yang juga merupakan jirannya.
Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu 221 Januari 2020, Ketua Polis Lubuk Begalung, Andi Parnigotan berkata kes itu berpunca dari mangsa yang membuat gurauan melampau.
Suspek yang hanya dikenali sebagai AS, 37, berjiran dengan pasangan suami isteri berkenaan, FG, 46, dan NRD, 41.
Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan tidak begitu rapat dengan pasangan itu selama menetap di kawasan kejiranan tersebut.
Namun seminggu yang lalu, FG cuba mengajak suspek bergurau tetapi suspek enggan berbuat demikian sehinggalah FG melepaskan kentutnya di hadapan muka AS dengan sengaja.
Tidak dapat menerima gurauan seperti itu, AS merancang untuk membalas dendam. Malam Selasa 21 Januari 2020 jam 7 malam, AS pergi ke rumah pasangan itu dan terus menikam FG di bahagian kepala serta dada menggunakan parang yang dibawanya.
Tidak beberapa lama kemudian, isteri FG datang ke bilik dan ternampak kejadian itu membuatkan AS segera menikamnya sehingga menyebabkan luka di telinga dan tangan.
Ekoran kecederaan parah itu, kedua-dua mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Jiran yang lain kemudian memaklumkan kejadian itu dan sepasukan polis terus datang untuk menahan suspek.
Polis turut merampas barang bukti, parang, yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
Siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian kerana bengang dan sakit hati dengan sikap jirannya yang kurang ajar.
AS mendakwa FG dengan sengaja kentut di mukanya sebanyak dua kali membuatkan dia nekad menikam lelaki itu. Padahal sebelum ini, AS mengaku dia tidak pernah mempunyai masalah dengan pasangan berkenaan.
"Tiada masalah lain. Cuma seminggu yang lalu, dia kentut kat saya membuatkan saya rasa sakit hati dengan perbuatannya itu," kata AS.
Akibat perbuatannya itu, AS bakal didakwa dan berdepan dengan hukuman penjara lapan tahun.
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/2RFwccQ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment