loading...
  • Breaking News

    Saturday, January 4, 2020

    Badan Melecur Teruk, Atlet Angkat Berat OKU Negara Maut Dalam Kebakaran Rumahnya


    Allahu. Sedih baca. Innalillahiwainnailaihirojiun.

    Atlet angkat berat kategori Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof maut akibat melecur 80 peratus tubuhnya apabila kediaman yang dihuni bersama ibunya di Taman Pagoh Jaya, di sini terbakar dalam kejadian pada tengah hari Sabtu.

    Dalam kejadian sekitar pukul 11.45 pagi itu, Allahyarham Mohd Ata Maarof, 28, yang berada di bahagian dapur rumah berkenaan gagal menyelamatkan diri.

    Allahyarham Muhammad Ata yang juga pemenang pingat gangsa kategori 55 kilogram di Para Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 2018 yang bekerja di Kuala Lumpur sedang bercuti selama lima hari.


    "Difahamkan semasa kejadian mangsa seorang diri kerana ibu mangsa keluar ke kedai," kata Husaini Edy ketika dihubungi.

    Sementara itu, Husaini Eddy berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.59 pagi sebelum mengerakkan lima anggota dari BBP Pagoh bersama 18 anggota dari BBP Muar.

    Sementara itu, personaliti terkena, Ras Adiba Radzi dalam catatan di Facebook peribadinya turut memuat naik status merakamkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ata dalam tragedi berkenaan.

    "Hati kami luruh hancur berkecai. Salah seorang ahli OKU Sentral, Ata Maarof, telah kembali ke rahmatullah. Ata terperangkap di dalam rumahnya yang terbakar di Johor Baru. Pohon titipkan doa buat sahabat seperjuangan kita ini," tulis Ras Adiba lagi.

    Sumber: Astro Awani


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2MVk1XU
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment