loading...
  • Breaking News

    Wednesday, January 8, 2020

    Demi Tugas, Bomba Australia Terbaring Kepenatan Padam Api Marak Buat Ramai Sebak


    Kebakaran yang melanda Australia benar-benar membimbangkan kerana hampir sebahagian besar hutan di negara itu terbakar hingga menyebabkan kematian ekosistem serta kemusnahan harta benda.

    Pihak bomba negara itu telah bertungkus-lumus mematikan api daripada terus marak walaupun belum ada sebarang tanda bahawa kebakaran tersebut akan segera tamat.

    Terbaring kepenatan


    Menerusi perkongsian di Twitter, beberapa gambar telah memperlihatkan situasi anggota bomba yang memadam kebakaran bergelimpangan kerana keletihan di tepi jalan.




    Koala peluk bomba minta diselamatkan

    Selain daripada itu, gambar-gambar mereka sedang menyelamatkan haiwan dari terbakar turut mengundang sebak kerana jelas sekali haiwan didalam hutan seperti koala menagih pertolongan daripada dimamah api.



    Foto anggota bomba itu telah tular di media sosial sehingga mendapat puluhan ribu RT di laman Twitter sejak beberapa hari lepas. 

    Ia bukan sahaja mengundang sebak kerana kerana kegigihan mereka memadam kebakaran malahan sanggup mempertaruhkan nyawa demi mengelakkan api terus marak memusnahkan kawasan hutan.


    Sumber: https://borakdaily.com


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/36yb5iJ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment