Kalau baby anda jenis kerap menyusu malam, jangan mengeluh sebab letih dan mengantuk. Sebenarnya ibu patut bersyukur dan tersenyum kerana ada beberapa kelebihan yang akan dinikmati.
Untuk mengetahui apakah kelebihan tersebut, baca penjelasan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila yang sangat menekankan kepentingan penyusuan waktu malam.
Menyusukan anak kerap waktu malam ada banyak kelebihannya. Mungkin ada sesetengah orang beranggapan sepatutnya baby tidur saja di waktu malam dan tidak perlu bangun menyusu. Ibu boleh tidur lena tanpa gangguan. Jom kita lihat antara kelebihannya.
SATU
Hormon prolaktin yang menghasilkan susu, tinggi di waktu malam. Dengan hisapan baby yang efektif akan merangsang penghasilan susu yang cukup untuk anak dan berpanjangan.
Di samping itu juga, hormon prolaktin yang sentiasa tinggi memberi peluang ibu tidak period dalam tempoh tertentu dan boleh merancang dengan syarat peka dengan perubahan badan. Ada yang didatangi haid yang terlalu sedikit atau spot dan boleh mengandung selepas itu.
DUA
Di waktu malam, suasana yang sejuk mempengaruhi ragam baby dan juga kandungan susu ibu. Susu ibu tinggi lemak pada waktu malam boleh meningkatkan berat badan anak. Anak pula berasa selesa dengan suasana yang sejuk dan seronok melekap dengan ibu. Bagi yang bekerja, dikala inilah anak melepaskan rindu setelah seharian ditinggalkan.
TIGA
Sedutan baby dapat mengeluarkan lelemak kristal dari saluran yang terbentuk di waktu siang semasa bekerja yang mana jadual memerah kerap 2-3 jam sekali adakala tidak dapat dipatuhi. Lebih-lebih lagi memerah 3-4 jam sekali menambah keadaan pembentukan kristal lelemak di saluran susu yang boleh mengganggu kelancaran pengeluaran susu.
EMPAT
Sedutan baby mampu menyedut susu yang paling dalam dan ia tidak sama langsung dengan sedutan pam. Rhythm hisapan baby memang unik. Menolak areola ke atas dengan lidahnya dan bibir pula menyedut keluarkan susu yang mana hisapan baby mampu mengeluarkan susu dari semua arah. Berbanding dengan pam yang mengeluarkan susu hanya dengan teknik menekan areola.
LIMA
Kita dapat susukan anak dengan tenang setelah seharian bergelumang dengan kerja pejabat yang tidak pernah habis, hormon oksitosin yang dirembes boleh membantu ibu berehat serta dapat mengurangkan tekanan emosi ibu. Posisi berbaring dan mengiring bantu ibu berehat . Aturkan kedudukan yang selesa dan alaslah bantal di mana-mana yang sesuai.
ENAM
Kurangkan Risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Apabila Susukan Anak Kerap, Kerap Terjaga Dan Mesti Akan Melihat Tentang Keadaan Keselamatan Anak. Ibu Boleh Nap Baby Dan Offer Anak Menyusu Jika Anak Lena Lebih 2 Jam. Jika Anak Mudah Memuntahkan Susu Yang Berlebihan Kita Dapat Perhatikan Dengan Kerap.
TUJUH
Melatonin. Yes. Melatonin yang kita sebut-sebut kepentingannya untuk kesihatan kita dewasa tidak dihasilkan oleh baby dan ia terkandung dalam susu ibu waktu malam. Tryptophan dan serotonin juga ada peranannya. Hormon ini membantu baby sihat dan baby diawal kelahiran tidak dapat bezakan siang atau malam sehingga beberapa bulan.
Anak bukan selamanya kecil kan. Bertabahlah. Penyusuan susu ibu berlangsung hanya 2-4 tahun usianya tetapi kelebihan yang diperolehi dari susu ibu akan dinikmati disepanjang usianya.
Ada kajian kata ibu bf tidur lebih berbanding yang tidak bf. So macamana?#ProtectBreastfeeding
#ZielaBF
Sumber: Majalah Pa&Ma
from Sehinggit Media News https://ift.tt/37efKqL
via IFTTT
No comments:
Post a Comment