loading...
  • Breaking News

    Tuesday, January 21, 2020

    Kenakan 'hidden charges' terhadap penumpang, AirAsia & AirAsia X dikenakan penalti RM2 juta


    Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengenakan penalti kewangan ke atas AirAsia Bhd (AirAsia), AirAsia X Bhd (AirAsia X) dan anak syarikat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang),

    Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata syarikat penerbangan itu telah melanggar kod perlindungan pengguna dan pengendali lapangan terbang tersebut pula gagal mematuhi piawaian kualiti perkhidmatan.

    Penalti kewangan terhadap AirAsia dan AirAsia X, masing-masing berjumlah RM2 juta, disebabkan oleh caj berterusan kad kredit, kad debit dan fi pemprosesan perbankan dalam talian oleh syarikat penerbangan itu yang berasingan daripada tambang asas mereka, ia melanggar Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), ia berlaku dari 10 Ogos, 2019 hingga 11 Sept, 2019.

    "Ini kali kedua AirAsia dan AirAsia X telah didapati tidak mematuhi keperluan ditetapkan oleh MACPC," kata suruhanjaya itu.

    Sementara itu, MA Sepang telah didenda RM856,875 kerana kegagalannya memenuhi sasaran MAVCOM seperti yang ditetapkan di bawah Kerangka Kerja Perkhidmatan Berkualiti Lapangan Terbang (QoS) pada suku kedua 2019.

    MAVCOM berkata syarikat penerbangan itu dan MA Sepang telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan masing-masing pada 16 Jan, 2020.

    Sumber: Bernama


    from The Reporter https://ift.tt/2RdidMv
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment