Kejadian itu dilaporkan berlaku berdekatan Danga City Mall menghala ke Woodland di mana kereta Myvi itu dilihat tersangkut di atas tembok penghadang jalan.
Menurut netizen, kemalangan itu berlaku mungkin disebabkan pemandunya cuba menukar lorong di saat-saat akhir lalu terpanjat 'divider'.
Berdasarkan video yang dikongsikan, pemandunya selamat. Beberapa pengguna jalan raya lain turut memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian pelik itu.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa peka dan berhati-hati semasa memandu terutamanya ketika memandu di waktu malam. Elakkan dari menukar lorong di saat-saat akhir atau anda mungkin kecundang di tengah jalan.
from The Reporter https://ift.tt/2v3wa6U
via IFTTT
No comments:
Post a Comment