loading...
  • Breaking News

    Thursday, January 23, 2020

    (Video) 'Sini memang hotspot untuk driver yang cell otaknya tak berhubung' - Navara kemalangan disebabkan Preve masuk lorong U-Turn secara melulu


    Gara-gara tindakan sebuah kereta yang mahu masuk ke lorong U-Turn secara melulu menyebabkan kereta pacuan empat roda kemalangan sehingga menghentam tiang lampu jalan. 

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1. 36 petang Isnin lalu di berhampiran Minlon, Seri Kembangan, pemandu kereta Nissan Navara dalam perjalanan menghala ke Bangi/Putrajaya di lorong kanan. 

    Tiba di tempat kejadian, Proton Preve yang berada di lorong kiri secara tiba-tiba mengubah haluannya dan cuba masuk ke lorong U-Turn. 

    Pemandu Navara tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sebelah kanan Preve dan terbabas serta merempuh tiang lampu jalan. 

    Menurut sumber, kedua-dua pemandu itu selamat video kejadian itu juga viral di media sosial. 


    Bagi mereka yang sering menggunakan laluan ini pasti tahu betapa bahayanya laluan itu kerana sudah kerap berlaku kemalangan disebabkan lorong U-Turn itu. 



    from The Reporter https://ift.tt/2RKR42v
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment