loading...
  • Breaking News

    Wednesday, April 1, 2020

    Kucing kedua disahkan positif Koronavirus selepas berjangkit dari pemiliknya


    Seekor kucing disahkan positif Koronavirus, di Hong Kong, menjadi kucing peliharaan kedua yang dijangkiti penyakit itu. 

    Menurut Jabatan Pertanian dan Perikanan bandar itu berkata, kucing tersebut diperiksa selepas pemiliknya disahkan positif koronavirus. 

    Minggu lalu, seekor kucing peliharaan di Belgium disahkan menghidap virus tersebut dan mengalami beberapa gejala wabak itu. 

    Terdahulu, dua ekor anjing juga disahkan positif koronavirus di Hong Kong, namun pakar berkata, tiada bukti yang menunjukkan haiwan peliharaan boleh menyebarkan virus itu terhadap manusia. 

    Dalam kes terbaru, kucing tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala wabak berkenaan dan jabatan itu menasihatkan pencinta kucing tidak membuang haiwan peliharaan mereka. 

    South China Morning Post melaporkan, keadaan pemilik kucing berusia 25 tahun itu kritikal selepas dijangkiti virus tersebut. 

    Dia terdahulu dipercayai mengunjungi sebuah bar di Hong Kong sebelum mengalami demam dan disahkan positif koronavirus pada Sabtu lalu. 

    Sementara itu, pakar kesihatan menegaskan masih tiada bukti yang menunjukkan manusia mendapat jangkitan daripada haiwan peliharaan atau sebaliknya.

    Susulan kes kucing di Belgium disahkan positif koronavirus, Persatuan Hak Asasi Haiwan di Belgium dan Lebanon menggesa orang ramai tidak membuang haiwan peliharaan mereka. 

    Sumber: Daily Mail


    from The Reporter https://ift.tt/2UzfgYn
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment