loading...
  • Breaking News

    Wednesday, April 29, 2020

    Semua Kes Positif Pulih Sepenuhnya, Kelantan Negeri Kedua Diisytihar Zon Hijau COVID-19


    PUTRAJAYA - Selepas Perlis, Kelantan menjadi negeri kedua diisytihar sebagai zon hijau apabila kesemua 10 daerahnya merekodkan sifar kes koronavirus (Covid-19).

    Menurut data dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan, satu kes positif di Tanah Merah sebelum ini telah pun pulih sepenuhnya.

    Sejak gelombang kedua pandemik itu, Kelantan mencatatkan 155 kes positif Covid-19 dengan hanya Machang mengekalkan sifar jangkitan sehingga kini berbanding daerah lain.

    Selain itu, data tersebut menunjukkan Perak turut menghampiri zon hijau apabila hanya dua daripada 11 daerah negeri itu masing-masing masih mempunyai satu kes.


    Kedah masih mempunyai empat kes di tiga daerahnya iaitu Kota Setar (dua), Kuala Muda (satu) dan Kubang Pasu (satu).

    Di Terengganu pula, hanya dua daerah diletakkan di bawah zon hijau iaitu Hulu Terengganu dan Marang manakala daerah lain berada di bawah zon kuning.

    Berdasarkan data itu, 12 daerah masih diisytihar sebagai zon merah antaranya Kluang (84 kes), Seremban (74), Hulu Langat (72), Johor Bahru dan Melaka Tengah (48), Petaling (46) dan Kuantan (42).

    Zon hijau di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 85 daerah manakala zon kuning 61 daerah.

    Setakat jam 12 tengah hari semalam, terdapat 5,851 kes positif Covid-19 yang mana hanya 1,719 masih dirawat di hospital.

    Lebih 4,000 pesakit telah sembuh manakala angka korban akibat Covid-19 sebanyak 100 kes.

    Sumber: Sinar Harian


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2YaPhbQ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment