loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 18, 2020

    'Menteri Kesihatan NZ letak jawatan kerana langgar PKP, di Malaysia? Selamba makan beramai-ramai' - Wakil rakyat langgar PKP dikecam teruk oleh netizen & pemimpin politik


    Seluruh rakyat Malaysia diwajibkan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dilaksanakan 18 Mac 2020 dan jika ingkar, pesalah akan dikenakan tindakan undang-undang.

    Namun semalam viral di media sosial gambar beberapa wakil rakyat yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan persekutuan dan negeri seperti tidak mematuhi arahan PKP. Ada yang berkumpul secara beramai-ramai sehingga menimbulkan persoalan netizen, apakah golongan ini diberi 'pengecualian'? 

    Gambar dua pemimpin iaitu Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar bertemu dengan bekas menteri besar Ahmad Said di kediamannya bagi menyelesaikan isu berbangkit.

    Gambar menunjukkan kedua-dua pemimpin itu menikmati hidangan bersama selain bergambar dengan orang ramai yang berada di kediaman itu sehingga mengundang kecaman netizen yang mendakwa mereka melanggar PKP dan tidak mematuhi penjarakan sosial. 

    Selain itu, gambar Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad berkunjung ke rumah rakan politik bersama rombongan dan menikmati jamuan makan tengah hari yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Nasaruddin Zin, dipercayai individu yang menjemput timbalan menteri ke kediamannya. 

    Turut tersebar, gambar Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali bersama dengan Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria dan rombongannya menikmati hidangan bersama. 

    Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, Timbalan Menteri Kesihatan ke sana sini membawa rombongannya untuk membuat lawatan adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyat. 

    Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin juga membidas tindakan Noor Azmi yang disifatkan tidak menunjukkan teladan yang baik dengan melanggar PKP. 

    "Bukan sebarang timbalan menteri, tetapi timbalan menteri kesihatan, tidak menunjukkan contoh teladan yang baik dalam masa PKP ketika ini. 

    "Di negara lain seperti New Zealand, menteri kesihatannya letak jawatan kerana melanggar peraturan 'lockdown'.

    "Kita tidak mahu ada peraturan-peraturan yang berbeza, kepimpinan mesti tunjukkan tauladan," tulisnya di Instagram hari ini. 

    Terdahulu, Menteri Kesihatan New Zealand, David Clark meletak jawatan selepas mengaku melanggar perintah berkurung apabila membawa keluarganya ke pantai. 

    Sumber: MalaysiaKini


    from The Reporter https://ift.tt/3ajxOjC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment