Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin tampil menjelaskan bahawa dakwaan penumpang menggunakan 'orang dalam' (Bos Imigresen) untuk mendapatkan pelepasan ke Kuala Lumpur dari Tawau, pada 1 April lalu adalah tidak benar serta tidak berasas.
Beliau berkata, pihaknya sudah menhubungi penumpang terbabit untuk meminta penjelasan. Penumpang itu memaklumkan, dia hanya menghubungi pegawai Imigresen untuk bertanya mengenai status kebenaran berlepas ke Kuala Lumpur, bukannya menggunakan 'orang dalam' seperti yang ditulisnya pada teks dalam gambar yang dimuat naik di Instastory.
"Penumpang itu sudah memohon maaf atas kejadian berkenaan hari ini dan berjanji memadam kenyataan terbabit di media sosial.
"Justeru, JIM Sabah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati membuat kenyataan di media sosial supaya tidak menyebarkan berita palsu mencemarkan imej jabatan kerajaan sebagai perkhidmatan di barisan hadapan sepanjang tempoh PKP," katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dia menggunakan 'orang dalam' iaitu Bos Imigresen yang juga merupakan kawan bapanya untuk mendapatkan perlepasan menaiki pesawat ke Kuala Lumpur.
Tindakannya itu mengundang padah apabila netizen mula mengecamnya kerana menggunakan cara yang salahm, selain melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/2Xdmp1U
via IFTTT
No comments:
Post a Comment