loading...
  • Breaking News

    Saturday, April 18, 2020

    Budak 6 tahun rentung selepas terjatuh dalam ketuhar tanah liat


    Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut terbakar selepas terjatuh ke dalam ketuhar tanah liat ketika mangsa memanjat ke atasnya yang menyebabkan ketuhar itu runtuh. 

    Kejadian itu berlaku pada Rabu lalu di utara Argentina ketika kerajaan Argentina menguatkuasakan perintah berkurung. 

    Mangsa, Thiago Orellana, 6, ketika itu bersama dengan bapanya yang sedang sibuk tanpa menyedari anaknya memanjat ketuhar itu sebelum sebahagian atasnya runtuh.

    Panik melihat kejadian itu, bapa mangsa terus membuat panggilan kecemasan. Polis dan bomba tiba di lokasi kejadian dan cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal. 

    Tidak diketahui apa tujuan dua beranak berkenaan berada di ketuhar tanah liat itu tetapi salah satu media tempatan melaporkan bapa mangsa merupakan pembakar arang. 

    Presiden Argentina, Alberto Ferndandez mengeluarkan arahan perintah berkurung pada 20 Mac 2020 hingga 26 April bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Angka terkini menunjukkan lebih 2,500 penduduk di negara itu disahkan positif Covid-19 dan 115 kes kematian.

    Sumber: Daily Mail


    from The Reporter https://ift.tt/3eC8id9
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment