Mahkamah Majistret Grik hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi dan Exco Kerajaan Negeri Perak Razman Zakaria kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kedua-duanya sebelum itu mengaku bersalah di atas kesalahan itu dan dituduh bersama 13 lagi yang lain pada hari ini.
18 April lalu, gambar Dr Noor Azmi dan Razman sedang menghadiri jamuan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong bersama dengan beberapa lagi individu lain, tersebar di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Gambar tersebut kemudian dipadamkan dari Facebook rasmi mereka setelah dikecam teruk oleh netizen. Dua 'VIP' berkenaan kemudian membuat pemohonan maaf secara terbuka.
Sumber: The Star
LAPORAN BERKAITAN
- Timbalan Menteri Kesihatan & Exco Perak akan didakwa di mahkamah kerana ingkar PKP
- 'Confirm bangang' - Bung Moktar selar VIP ingkar PKP
- 'Saya setiap hari bergerak bantu frontliners' - Exco Perak mohon maaf, tampil beri penjelasan
- 'Kita serah kepada polis untuk ambil tindakan' - Ismail Sabri kata polis dah terima laporan VIP ingkar PKP
- 'Menteri Kesihatan NZ letak jawatan kerana langgar PKP, di Malaysia? Selamba makan beramai-ramai' - Wakil rakyat langgar PKP dikecam teruk oleh netizen & pemimpin politik
from The Reporter https://ift.tt/2SeNcI6
via IFTTT
No comments:
Post a Comment