loading...
  • Breaking News

    Thursday, April 2, 2020

    'Tembak mereka (ingkar perintah kuarantin Covid-19) sampai mati, daripada menyusahkan biar saya tanam kamu' - Duterte beri amaran tegas kepada rakyatnya


    Filipina telah mencatatkan 2,311 kes positif Covid-19 dan seramai 96 rakyatnya sudah terkorban angkara wabak berkenaan sejak tiga minggu lalu. 

    Trend jangkitan yang menunjukkan peningkatan mendadak setiap hari dan terdapat laporan di mana petugas kesihatan turut didera secara fizikal dan diberi layanan diskriminasi. 

    Keadaan itu memaksa Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengeluarkan amaran keras kepada rakyat agar patuh kepada arahan kuarantin dan berhenti menyusahkan kakitangan kesihatan. 

    Jika ada individu yang didapati ikar terhadap arahan pihak berkuasa, mereka boleh ditembak kerana perbuatan sedemikian dianggap sebagai jenayah yang serius dan tidak boleh dibiarkan. 

    "Keadaan semakin buruk, sekali lagi saya maklumkan kepada kamu (rakyat) betapa seriusnya masalah ini dan kamu mesti dengar. 

    "Arahan saya kepada polis dan tentera.. kalau ada masalah dan sesekali mereka akan melawan balik dan nyawa anggota keselamatan dan bahaya, tembak mereka sampai mati. 

    "Adakah kamu faham? Mati. Daripada menyusahkan, biar saya tanam kamu," katanya memetik laporan daripada Reuters. 

    Menurut Duterte, adalah penting bagi semua pihak bekerjasama dan mematuhi perintah kuarantin yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk menjaga keselamatan rakyatnya.

    Sumber: Reuters, MalaysiaKini


    from The Reporter https://ift.tt/2UX5qOD
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment