loading...
  • Breaking News

    Friday, April 3, 2020

    (Video) 'Kau jangan ketawa!' - 5 remaja dirotan kerana ingkar PKP, Polis siasat video viral tersebut


    Klip video menunjukkan seorang anggota polis memukul lima lelaki dengan menggunakan sebatang kayu kerana dipercayai ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), viral di media sosial. 

    Video berdurasi 27 saat itu dipercayai dirakam pada 1 April 2020 di Kunak, Sabah.

    Anggota polis terbabit dilihat merotan lima lelaki terbabit yang dipercayai masih remaja. Mereka dirotan sekali atau dua tetapi salah seorangnya dirotan beberapa kali kerana ketawa ketika ditahan. 

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Mazli Mazlan berkata, pihaknya sedang menyiasat kejadian itu dan tiada laporan dibuat berhubung insiden tersebut. 

    Jelas Mazli, dia dimaklumkan anggota terbabit telah mengarahkan lima lelaki itu yang sedang melepak balik ke rumah sebelum kembali menyambung tugas rondaan. 

    Bagaimanapun, apabila dia kembali semula ke lokasi tersebut, lima lelaki terbabit masih tidak berganjak dan sekali lagi dia mengarahkan mereka beredar.


    Arahannya itu disambut dengan gelak ketawa dan tidak dituruti menyebabkan anggota berkenaan terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas.

    Sekumpulan remaja itu kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

    Sumber: The Star


    from The Reporter https://ift.tt/2R97yBX
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment