loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 22, 2020

    Ambika kekal dibebaskan dari tuduhan membunuh Pembantu Rumah, Adelina Lisao


    Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ambika MA Shan, yang dituduh membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Lisao, 26, dua tahun lalu. 

    Barisan hakim tiga anggota berkenaan yang dipengerusikan Yaacob Md Sam berkata, tiada kesilapan dalam keputusan Hakim Akhtar Tahir membebaskan Ambika mengikut Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah. 

    "Kami berpuas hati bahawa hakim menjalankan kuasanya dengan betul," katanya ketika menolak rayuan pihak pendakwaan. 

    Yaacob mempengerusikan rayuan itu bersama Abu Bakar Jais dan Nordin Hassan. 

    "Tiada apa dalam rekod yang menunjukkan pihak pendakwaan berhasrat untuk meneruskan perbicaraan selepas memanggil tiga saksi. Oleh itu, keputusan Mahkamah Tinggi betul dan wajar. 

    19 April 2019, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Ambika daripada tuduhan membunuh Adelina, yang meninggal dunia kerana kegagalan organ. Mangsa juga dipercayai telah didera oleh majikannya. 

    Hakim Akhtar Tahir dalam penghakimannya ketika itu menjelaskan, Ambika dibebaskan di tengah-tengah perbicaraan kerana peguam kerajaan tidak memberikan alasan yang sah untuk meminta Ambika dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA). 

    Peguambela Ambika pada waktu itu merujuk kepada Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah, menggesa mahkamah membebaskan Ambika kerana faktor usia dan kesihatannya.

    Keputusan Mahkamah Tinggi itu menimbulkan rasa tidak puas hati orang awam yang kemudian membuat petisyen dengan 30,000 tandatangan yang menuntut penjelasan dari pihak pendakwaan mengenai pembebasan itu. 

    Akhtar bagaimanapun menambah, Ambika hanya dibebaskan daripada tuduhan membunuh dan pihak pendakwaan masih boleh mendakwanya atas kesalahan lain jika mahu. 

    10 Februari 2018, Adelina Lisao ditemui dalam keadaan di mana ada kesan lebam pada kepala, tangan dan kaki akibat didera majikannya. 

    Mangsa juga disuruh tidur di luar bersama seekor anjing di perkarangan rumah Ambika.

    Mangsa kemudian dibantu orang jiran dan orang awam dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam. Namun mangsa meninggal dunia pada hari berikut akibat kekurangan darah. 

    Sementara itu, ibu mangsa percaya anaknya bukan mati disebabkan penyakit tetapi kerana didera oleh majikannya. 



    from The Reporter https://ift.tt/2FO18FO
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment