loading...
  • Breaking News

    Monday, September 28, 2020

    Temui wanita pengsan, 5 lelaki rogol mangsa sehingga mati

    Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. 


    Mangsa yang dikenali sebagai AM, berusia 26 tahun itu ditemui mati setelah dirogol lima suspek di tepi Sungai Betung, Lahat, Indonesia.


    Ketua Polis Daerah Lahat, Achmad Gusti Hartono berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di lokasi kejadian pada 17 Ogos 2020 lalu. 


    Hasil siasatan polis mendapati ada kesan kecederaan di badan mangsa dan juga tanda-tanda berlakunya kekerasan seksual. 


    Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes itu kemudian ditahan, manakala dua lagi rakan mereka sedang diburu polis. 


    Ketiga-tiga suspek mengakui perbuatan terkutuk mereka itu. Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang mencari ikan di sungai dan secara tidak sengaja menemui mangsa yang pengsan di tepi sungai. 


    Melihat mangsa yang tidak sedarkan diri dengan pakaian yang terbuka, semua suspek bukannya mahu menolong, tetapi timbul niat jahat untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. 


    Selesai memuaskan nafsu jijik mereka itu, suspek mahu mengembalikan mangsa ke posisi asal iaitu terbaring di atas batu. Malangnya, mangsa terjatuh dan kepalanya terhantuk di batu yang menjadi punca kematian mangsa. 


    Panik dengan keadaan itu, kesemua suspek melarikan diri sebelum mayat mangsa ditemui oleh orang awam. 


    Siasatan polis juga mendapati, mangsa berada di lokasi tersebut kerana dipercayai mengalami depresi setelah berpisah dengan suaminya. Menurut keterangan keluarga mangsa, wanita itu sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. 


    Salah seorang suspek mengakui dia menyesal dengan perbuatannya, apatah lagi dia sudah mempunyai isteri dan anak. 


    "Kami ternampak mangsa berada di tepi sungai dalam keadaan terbaring. Kami tengok seluar dalamnya sudah meleret hingga ke kaki. Terus kami merogolnya secara bergilir-gilir.


    "Saya menyesal, saya dah ada isteri dan anak," katanya. 


    Akibat perbuatan itu, kesemua suspek bakal didakwa atas tuduhan membunuh dan berdepan dengan penjara seumur hidup. 


    Sumber: Tribun News



    from The Reporter https://ift.tt/36du4lm
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment