Kejam dan tak berperikemanusiaan! Seorang suami sepatutnya melindungi isterinya dari sebarang ancaman, tetapi lain pula yang terjadi pada seorang lelaki di India yang tergamak membelah perut isterinya hanya semata-mata mahu melihat jantina bayi mereka.
Dalam kejadian yang berlaku pada akhir minggu lalu di daerah Badaun, Uttar Pradesh, suspek membelah perut isterinya yang sedang hamil dengan sabit.
Suspek berbuat demikian kerana mahu mengetahui jantina bayi mereka, tanpa mempedulikan isterinya cedera.
Difahamkan, pasangan itu mempunyai lima anak perempuan dan sering bertengkar untuk mempunyai anak lelaki.
Ekoran kejadian itu, suspek ditahan, manakala mangsa telah dihantar ke sebuah hospital di New Delhi untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa yang cedera dilaporkan stabil tetapi masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Ketika disoal-siasat, suspek menafikan dakwaan itu dan menjelaskan kejadian itu adalah kemalangan yang tidak disengajakan.
Suspek mendakwa, dia melempar sabit ke arah isterinya dan tidak menyangka senjata tajam itu akan mencederakan isteri dan kematian bayi lelaki di dalam kandungannya.
Polis masih lagi menjalankan siasatan ke atas kejadian itu.
Sumber: Agensi
from The Reporter https://ift.tt/3000rQN
via IFTTT
No comments:
Post a Comment