Sejak dari kecil, kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan yang sihat bukan sahaja baik untuk kesihatan malahan bagi tumbesaran kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak kini terlalu mudah terpengaruh dengan makanan segera dan juga makanan ringan.
Kesan kesihatan yang bakal ditanggung oleh kanak-kanak di kemudian hari juga sangat membimbangkan. Seperti perkongsian doktor ini, seorang pesakit kanak-kanak perempuan telah mengalami diabetic ketoacidosis. Setelah diselidiki, kanak-kanak tersebut dikatakan kerap mengambil makanan segera dan ringan.
PESAKIT perempuan berumur 11 tahun masuk dengan terhuyung-hayang. Fizikalnya seperti pelajar sekolah menengah. Duduk dengan penuh keletihan. Pernafasannya cukup laju.
"Masalah apa ni?"
"Demam doktor. Dah 4 hari. Bagi ubat tapi tak kebah. Takut jadi macam abang dia baru-baru ni," jawab ayah tiri pesakit.
"Abang dia sakit apa?"
"Kencing manis. Tinggi sampai tak boleh baca. Umur baru 13 tahun. Abang dia masuk ICU hari tu."
Suhu badan saya periksa. Normal. Oksigen dalam darah 98%. Tapi pernafasan pesakit cukup laju.
"Ada muntah-muntah?"
"Ada."
Gula pun diperiksa. Hi. Itu yang keluar di skrin. Tinggi yang tidak mampu dibaca.
"Mak ayah dia ada kencing manis?" soal saya.
"Tak ada".
"Macam mana boleh kena kencing manis ni. Muda lagi ni."
"Kuat makan meggi."
"Air kotak? Air tin?."
"Ada juga doktor. Puas larang dah. Dia beli senyap-senyap. Bila periksa dalam bilik jumpa la makan yang disorok."
Pesakit ini berkemungkinan mengalami “diabetic ketoacidosis”. Ia adalah keadaan kecemasan di mana pesakit mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
Kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kematian.
Pemakanan dan gaya hidup kita menentukan tahap kesihatan kita pada masa hadapan. Obesiti, pemakanan kurang sihat dan gaya hidup tidak aktif merupakan isu besar dalam masyarakat kita.
Peningkatan kes penyakit kronik di kalangan kanak-kanak dan remaja sekarang sangat membimbangkan. Kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan sekarang. Kerana itu ada kalam hukama' berbunyi ; "perut itu ibu segala penyakit."
Abaikan tarikh pada skrin. Sebab saya malas nak tukar setting.
Sumber: Klinik Dr Muhaimin
from The Reporter https://ift.tt/32UHCQT
via IFTTT
No comments:
Post a Comment