loading...
  • Breaking News

    Tuesday, September 22, 2020

    'Ni hotel 5 star, janganlah buat macam homestay'


    Ketika ini, pusat-pusat perlancongan dalam negara semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Selain daripada faktor lokasi yang menarik, promosi harga besar-besaran yang ditawarkan juga menambat hati orang ramai.

    Lexis Hibscus adalah salah satu hotel yang paling dikunjungi oleh pelancong. Walaupun hotel berkenaan diiktiraf sebagai hotel lima bintang, namun sikap pengunjung sangat mendukacitakan.

    Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Setelah berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan, pihak Lexis Hibiscus Port Dickson telah mengetatkan segala peraturan seperti yang telah dikongsikan oleh wanita ini.

    LEXIS Hibiscus PD is a 5 star hotel. Memang la tengah murah. Tapi janganlah buat macam homestay. Macam nak buat kenduri dah saya tengok. 

    Dengan itu, Lexis Hibiscus PD dah buat a very strict rules. Masa nak check in nanti, diorang akan spot check. Seorang-seorang dia check. 

    Maksimum satu bilik hanya tujuh orang dewasa sahaja. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, tiada limit. Dewasa ke-8 tak boleh masuk dah. Maknanya kena ambil bilik lain ada pergi beli tiket bas dan pulanglah anda ke kampung halaman nan indah. 

    Selepas itu, dalam tujuh orang dewasa itu pula, maksimum empat dewasa sahaja free. Dewasa yang kelima hingga ketujuh, ada caj tambahan. 

    Tengok shelf tu, dah macam shelf kat Senheng dah. Siap bawa batang pancing. Hampa nak masak-masak dekat hotel yang tak ada dapur? 



    Hotel ada peraturannya. Kenapa hotel tak bagi masak dalam bilik? Sebab nanti langsir, tilam, bantal dan dinding semua berbau. Ingat senang ke nak menghilangkan bau itu? Hotel kena keluarkan kos tambahan untuk membuang bau itu semua.

    Kalau bilik berbau, pelanggan yang seterusnya akan buat aduan. Jadi, pihak hotel terpaksa beri bilik yang lain. Sudah rugi satu bilik. 

    Mindset tu tolong tukar sikit. Fikir kepentingan orang lain juga. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja.

    Sumber: Ainul CheNoi, Media Viral Melaka


    from The Reporter https://ift.tt/3iSLnfe
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment