Seorang remaja lelaki di India baru-baru ini menggambil wang pencen datuknya agar dia dapat membeli barang-barang kegemarannya dalam permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile.
Amaun yang diambil oleh remaja itu adalah sebanyak RM12,931.
Lapor Gulf News, datuknya hanya menyedari insiden itu selepas menerima mesej dari pihak bank yang memaklumkan sebanyak RM141 telah ditolak dari akaun banknya dan baki yang tinggal hanyalah RM15.46.
Mangsa segera menghubungi pihak bank kerana menyangka dia telah menjadi mangsa scam. Namun menurut polis, mangsa tidak pernah membuat sebarang transaksi mahupun menerima mesej permintaan nombor pin sementara.
Difahamkan, remaja itu membuat pemindahan wang pencen dari akaun datuknya dan kemudian membelanjakan wang itu di akaun PUBG (M).
Mangsa segera membuat laporan polis. Selepas disiasat, polis mendapati wang dalam akaun itu telah dipindahkan ke e-wallet telefon bimbit milik cucu mangsa.
Polis juga mendapati, semua pembayaran itu dibuat melalui akau e-wallet milik Pankaj Kumar, berusia 23 tahun.
Pankaj menjelaskan, rakannya sebelum itu ada meminta ID dan password e-walletnya serta digunakan untuk membuat bayaran pada Google Play untuk pembelanjaan di PUBG (M).
Rakannya itu adalah cucu kepada mangsa yang kehilangan wang pencennya.
Selepas ditahan, remeja itu mengakui telah menggunakan wang mangsa untuk berbelanja di permainan PUBG (M).
Sumber: Gulf News
from The Reporter https://ift.tt/32LYpFv
via IFTTT
No comments:
Post a Comment