Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih yang didapati bersalah kerana membunuh anak wanita itu dalam kejadian enam tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh berkata, "Kamu akan digantung di leher sehingga mati," selepas mendapati R Saravanan, 30, dan T Gayathry, 36, bersalah di atas pertuduhan tersebut di akhir kes pembelaan.
Mahkamah juga berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh.
"Kedua-dua tertuduh didakwa atas pertuduhan membunuh yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan. Mahkamah ini perlu menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang.
"Oleh itu mahkamah ini menjatuhkan hukuman gantung mandatori terhadap kamu berdua. Kedua-dua kamu akan digantung di leher sehingga mati," katanya.
R Saravanan yang berada di kandang tertuduh kelihatan tenang mendengar keputusan itu, tetapi Gayathry dilihat mengesat air matanya.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Peguam yang mewakili kedua-dua tertuduh akan membuat rayuan terhadap hukuman itu.
Berdasarkan kronologi kes pembunuhan itu, Gayathry dikatakan memukul mangsa kerana nakal dan enggan belajar.
Tindakan Gayathry itu dikatakan menjadi punca kematian mangsa (dalam keadaan yang tidak disengajakan) kira-kira jam 4.30 petang, 20 September 2014.
Pasangan itu kemudian membuat mayat mangsa di sebuah ladang kepala sawit.
Tidak beberapa lama selepas itu, Gayathry membuat laporan polis di Kulim dan mendakwa anak lelakinya itu hilang pada 23 September 2014 berhampiran Esplanade.
Tujuh hari kemudian, polis menemui mayat mangsa di ladang kepala sawit berkenaan yang membawa kepada siasatan yang akhirnya membongkarkan perbuatan pasangan itu.
Sumber: Harian Metro, The Star
from The Reporter https://ift.tt/3hY0P8B
via IFTTT
No comments:
Post a Comment