loading...
  • Breaking News

    Friday, September 18, 2020

    Suami tipu isteri konon diri positif Covid-19, demi bersama kekasih gelap


    Seorang lelaki di India nekad menipu isteri dengan mengakui dirinya terkena jangkitan virus Covid-19, agar dia dapat meluangkan masa bersama dengan kekasih gelap. 

    Lapor Times of India, Khamis (17/9/2020), lelaki berusia 28 tahun berasal dari Mumbai itu nekad mereka cerita itu  agar hasratnya untuk melampias nafsu bersama kekasih gelapnya tercapai. 

    Difahamkan, si suami memaklumkan kepada isterinya yang dia positif Covid-19 melalui panggilan telefon, selain mendakwa dia akan mati, lalu memadamkan telefon bimbitnya. 

    Keesokkan harinya, motosikalnya ditemui oleh abang iparnya, yang ditinggalkan di satu kawasan bersama dengan kunci, helmet, beg dan dompet. Bimbang berlaku perkara yang tidak diingini, individu berkenaan terus membuat laporan polis untuk mengesan keberadaan lelaki terbabit. 

    Inspektor Sanjeev Dhumal mengesahkan menerima laporan itu dan satu pasukan telah dikerahkan untuk melakukan pencarian di kawasan bandar sehingga ke kawasan sungai kerana bimbang sekiranya lelaki itu bertindak membunuh diri. 

    Dalam masa yang sama, telefon bimbitnya diperiksa dan berjaya menemui bukti yang lelaki itu sebenarnya sedang curang bersama dengan kekasih gelapnya. 

    Berdasarkan maklumat yang terkandung di dalam telefon itu, polis berjaya mengesan lelaki terbabit di sebuah rumah yang baru saja disewanya setelah dia menukar identitinya. Ketika ditemui, lelaki itu dalam keadaan sihat sepenuhnya dan tiada menunjukkan sebarang tanda menghidap penyakit berbahaya itu. 

    Suspek ditahan dan dibawa pulang ke Mumbai pada Rabu (16/9/2020) untuk tindakan lanjut.



    from The Reporter https://ift.tt/2RC0jlJ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment