loading...
  • Breaking News

    Wednesday, November 25, 2020

    6 polis termasuk 2 Asisten Superintendan larikan wang tunai RM1.6 selepas serbu rumah warga China


    Enam anggota polis termasuk dua pegawai berpangkat Asisten Superintendan ditahan kerana melarikan wang tunai berjumlah RM1.6 juta ketika membuat serbuan di sebuah rumah yang diduduki warga China di Jinjang pada 12 November 2020, lapor Harian Metro


    Difahamkan, pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dari salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di ibu kota, mendapat maklumat berkaitan kes penipuan dan melakukan serbuan di rumah itu. 


    Semasa serbuan, mereka menemui wang tunai RM1.6 juta lalu dirampas. Bagaimanapun, wang tunai itu tidak dilaporkan. Warga China itu juga tidak ditahan. 


    Mengesyaki ada yang tidak kena dan timbul rasa tidak puas hati, warga China itu tampil membuat laporan polis pada Selasa lalu. 


    Bertindak di atas laporan itu, pasukan khas dari Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mula melakukan operasi khas dan menahan anggota dan pegawai berkenaan. 


    Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan yang dipercayai mengetuai serbuan ke rumah warga China itu ditahan dan beberapa anggota lain-lain pangkat juga ditahan selepas itu. 


    Sebahagian wang tunai yang dilarikan turut ditemui di rumah anggota dan pegawai terbabit. Tetapi jumlah keseluruhan yang didapatkan semula hanya RM500,000. 


    Polis kini sedang mengesan baki wang tunai tersbeut dan semua yang terlibat telah ditahan untuk membantu siasatan. 


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/3l4SbXt
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment