Baru-baru ini, viral di media sosial gambar seekor rusa dimakan oleh sekumpulan Cheetah semata-mata untuk menyelamatkan dua ekor anaknya dari menjadi santapan haiwan pemangsa itu.
"Sekumpulan Cheetah telah mengejar rusa betina ini dan dua ekor anaknya. Terasa bahaya kepada dua anaknya, dia pun berusaha menarik perhatian kumpulan Cheetah itu jauh dari anak-anaknya, sehingga dua anaknya itu dapat melarikan diri.
"Ibu rusa ini tidak sedikit pun melawan apabila kumpulan Cheetah itu berjaya memerangkapnya. Matanya tetap tenang dan fokus mengawasi larian dua anaknya tadi yang semakin jauh meninggalkannya.
"Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sebatas galah, di dunia ini hanya kasih ibu yang terbaik," demikian tulis laman yang menyebarkan gambar tersebut.
Bagaimanapun, semakan mendapati cerita itu bukanlah cerita yang sebenar. Sebaliknya telah direkayasa dan jauh terpesong dari situasi yang sebenar. Bagi memperbetulkan semula kisah di sebalik gambar itu, pemilik gambar berkenaan tampil memberi penjelasan.
Jurugambar, Alison Buttigieg berkata, dia sendiri yang menyaksikan Cheetah itu membunuh Impala berkenaan pada September 2013 di Maasai Mara, Kenya.
Narasha, ibu Cheetah dalam gambar sebenarnya sedang mengajar anak-anaknya untuk memburu. Namun, anak-anaknya belum mahir untuk berbuat demikian dan hanya bermain dengan Impala yang ditangkap ibunya itu.
Narasha merupakan Cheetah yang menggigit leher Impala seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Anak-anaknya berlatih beberapa kemahiran seperti menerkam dan menggigit dengan betul. Tetapi mereka seperti tidak tahu bagaimana cara untuk 'mencekik' impala itu dengan berkesan.
Apa yang luar biasa dalam gambar ini adalah betapa tenangnya Impala itu diperlakukan sedemikian. Alison tidak menolak kemungkinan Impala itu masih dalam keadaan trauma, terkejut dan ketakutan.
"Dalam keadaan Impala itu masih berada dalam posisi tegak dan tidak bergerak, membolehkan Alison mengambil peluang untuk merakam gambarnya.
"Saya mahu orang yang melihat gambar ini bersimpati terhadap Impala itu dan dalam masa yang sama menyaksikan insiden tersebut.
"Akhirnya, dalam beberapa minit sahaja ibu Cheetah itu menumbangkan Impala berkenaan dan anak-anaknya mula menikmati 'makanan' mereka.
Sumber: DNA India
from The Reporter https://ift.tt/3lR0sQ0
via IFTTT
No comments:
Post a Comment