Baru-baru ini seorang Da'i selebriti diakwa merogol wanita yang menyebabkan mangsa mengalami trauma. Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, rakan mangsa tampil 'spill the tea' di Twitter dan secara jelas menyebut nama Da'i berkenaan.
Berdasarkan tweet Ainunn Najwa pada 23 November 2020, dia mendakwa Da'i berkenaan membawa rakannya pulang ke rumah dan mangsa yang dilabelkan sebagai naif itu akur mengikutnya.
"Sumpah rasa nak buat thread camne Da'i ini rogol member aku, bawa balik rumah dia. Mentang-mentanglah member aku naif nak m****s. Entahlah, rasa nak expose je pasal Da'i banyak bawa perempuan ke rumah dia. Rasa macam devastated gila bila kau dapat tahu, pastu kau tak boleh buat apa-apa. Sumpah sedih bila dapat tahu member sendiri kena rape dengan selebriti.
"Berapa banyak dah perempuan kena dengan dia. Speechless..," katanya yang kemudian turut menyertakan beberapa bukti bergambar di mana mangsa-mangsa Da'i itu berkongsi mengenai apa yang mereka lalui.
Menyedari dakwaan itu tersebar di media sosial, Da'i Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 25, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara pada Selasa, 24 November 2020.
'SAYA TIDAK MENGENALI WANITA TERSEBUT'
Laporan polis itu dibuat bagi membersihkan namanya dan menafikan tuduhan itu selain mendakwa tweet dari Ainunn Najwa itu adalah fitnah.
Berdasarkan salinan laporan polis itu, Syed berkata dia tidak mengenali gadis yang diperkatakan itu.
"Saya sama sekali tidak mengenali wanita tersebut apatah lagi kawannya yang kononnya dirogol oleh saya," katanya dalam laporan tersebut.
"Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.
"Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya. Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencemarkan maruah saya dan keluarga.
"Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam," katanya memetik laporan dari Gempak.
TEGURAN DAN NASIHAT DAH DIBERI, TETAPI SEMUA MESEJ ITU DIABAIKAN
Sementara itu, bapanya, Seif Jamalullail, juga tampil memberi penjelasan mengenai kontroversi yang membabitkan anak lelakinya itu. Sejak viralnya tweet tersebut, beliau banyak menerima mesej yang bertanya mengenai perkara itu.
Menjelaskan dengan tenang, Jamalullail berkata, dia telah memberi didikan kepada Syed sejak dari kecil lagi menurut saranan agama, termasuk memberi teguran, nasihat yang sebaik mungkin. Tetapi mesej-mesej itu diabaikan.
"Segala didikan yang telah saya berikan kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya. Namun tiada upaya lagi bila semua mesej saya itu diabaikan sudah dua tahun tanpa reply sepatah pun.
"Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah SWT untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yang benar dan diredhai.
"Saya lebih rela dia diadili di dunia daripada dihadap di akhirat di hadapan Qadhi Rabbul Jalil. Sekarang saya hanya mampu memberi nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hatilah, terutama pada wanita," katanya.
Menurut beliau, isu itu sebenarnya sudah lama viral dan kembali menjadi heboh baru-baru ini. Jamalullail sekeluarga sudah letih menghadap isu itu, apatah lagi adik-adik Syed yang masih berada di bangku sekolah terpaksa berdepan dengan soalan, sindiran dan ejekan disebabkan isu yang membabitkan abang mereka.
TAKKAN PERTAHANKAN ANAK KALAU BENAR DIA MELAKUKAN KESALAHAN ITU
Jamalullail menasihatkan mana-mana wanita yang menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis untuk disiasat dan diambil tindakan. Beliau memberi jaminan tidak akan mempertahankan anaknya sekiranya benar melakukan perbuatan terkutuk itu.
"Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut," katanya.
Jamalullail turut memberi peringatan kepada anaknya untuk tidak menggunakan nama agama untuk menutup kesalahannya. Mereka sekeluarga kini hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari fitnah duniawi.
"Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/viral, janganlah kamu menggunakan agama untuk menutup kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu," katanya.
Sumber: Twitter, Gempak, Da'i Syed
from The Reporter https://ift.tt/3l46yLJ
via IFTTT
No comments:
Post a Comment