loading...
  • Breaking News

    Monday, November 23, 2020

    'Demi kebaikan pengguna & peniaga' - Persatuan Peniaga Cina rayu kerajaan pertimbang semula larangan penjualan arak


    Susulan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengenakan larangan penjualan arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat tradisional Cina berkuatkuasa Oktober 2021, Persatuan Peniaga Cina memohon keputusan itu dikaji semula. 


    Pengerusi Persatuan Peniaga Minuman Keras Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Kenny Yeo Seen Kwang berkata, ekonomi peniaga bagi tiga jenis premis itu kelak akan terjejas sekiranya larangan itu diteruskan. 


    Ini kerana katanya, peniaga runcit dan ubat tradisional Cina pada masa ini telah mengalami penurunan jualan akibat pandemik Covid-19. 


    "Langkah itu tidak hanya merugikan perniagaan, malah mengurangkan pendapatan cukai kerajaan. 


    "Bahkan, penguatkuasaan yang melarang kedai runcit menjual minuman arak juga membawa kesan daya saing mereka berbanding dengan pasar raya yang mempunyai lebih banyak barangan untuk pilihan pengguna," katanya memetik laporan dari Sinar Harian. 


    Kenny berharap kerajaan mempertimbangkan semula keputusan itu agar peniaga terbabit dapat meneruskan perniagaan dan akan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini. 


    "Kami memohon agar pihak berkuasa boleh mempertimbangkan cadangan dan pendapat kami demi kebaikan pengguna dan peniaga.


    “Dari segi operasi dan pelaksanaan penjualan arak, kami akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebelum ini," katanya.


    Sumber: Sinar Harian



    from The Reporter https://ift.tt/3lWVSjc
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment