loading...
  • Breaking News

    Monday, November 30, 2020

    Virus Covid-19 bermula dari India - Saintis China


    Sekumpulan saintis di China mendakwa, pandemik Covid-19 bukannya mula menular di negara itu, sebaliknya menerusi bukti kukuh yang ditemui mereka menunjukkan virus berbahaya itu datang dari negara lain. 


    Saintis dari Akademi Sains China mendedahkan satu kertas penyelidikan yang mendakwa kes Covid-19 mula dikesan muncul di India sebelum mula merebak di Wuhan. 


    Penyelidikan itu mendakwa, sumber virus itu mungkin berasal daripada manusia dan haiwan liar yang berkongsi sumber air sama kerana gelombang panas melanda seluruh India dan Pakistan tahun lalu. 


    "Kekurangan air membuatkan haiwan liar seperti monyet bersaing mendapatkan air antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan interaksi manusia-binatang liar," kata penyelidikan tersebut. 


    Difahamkan, kumpulan penyelidik berkenaan menggunakan analisis filogenetik dalam menelusuri asal usul virus melalui mutasi berbeza dengan pendapat strain virus mengalami mutasi paling sedikit adalah yang asli. 


    Melalui analisis itu mereka berpendapat bahawa kes pertama tidak mungkin berlaku di Wuhan, sebaliknya mendakwa wabak itu bermula dari India kerana strain virus dengan mutasi rendah dikesan di negara itu. 


    Tetapi dakwaan kumpulan itu tidak dipersetujui oleh kumpulan pakar lain kerana penyelidikan kumpulan saintis berkenaan tidak menyakinkan dan mencetuskan keraguan dan berat sebelah.


    Sumber: Harian Metro



    from The Reporter https://ift.tt/2JopW95
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment